Deena Homestay
No: 113554
Jalan Mawar Putih
Kg Dato’ Abu Bakar Baginda
Bangi
Deena Homestay menyediakan 4 buah rumah berkembar/cluster baru berhampiran dengan Putrajaya. Terletak hanya 2 minit perjalanan ke Pintu 1 Putrajaya/Presint 14, Deena Homestay menjanjikan penginapan yang selesa dan tenteram. Terletak di kawasan rumah2 banglow bercirikan kampong, Deena Homestay adalah sebuah kediaman yang menggabungkan aspek-aspek kedamaian dengan convenience. Sebab itu Deena Homestay amat sesuai untuk anda yang ada urusan di Putrajaya dan pejabat-pejabat disekitarnya. Ia juga sangat sesuai untuk membawa keluarga menginap untuk bersiar-siar di Putrajaya, Serdang, Kajang dan kawasan-kawasan disekitarnya terutama di hujung minggu dan semasa cuti sekolah. Deena Homestay juga sesuai untuk menjadi rumah persinggahan semasa mengunjungi dan/atau menjaga anggota keluarga yang di rawat di Hospital Serdang. Anda juga boleh menginap disini bila menziarahi anak yang belajar di UNITEN, UPM, UKM dan KLIUC.
Deena Homestay amat mudah dicari. Anda perlu mencari lokasi Uniten, Public Bank Training Center, Maybank Academy dan Petronas Training Center (PERMATA) sebelum berjumpa Pintu Gerbang Kampung Dato’ Abu Bakar Baginda. Anda masuk ke pintu gerbang tersebut. Hanya 100 meter kedalam, anda akan berjumpa Restoran Brothers. Selepas itu anda belok kekiri. Hanya 50 meter dari simpang tersebut, anda akan berjumpa Deena Homestay.
Deena Homestay terletak pada GPS di kedudukan koordinat
2.9609 , 101.7335
Kemudahan & Kelengkapan
Setiap rumah dilengkapi kemudahan berikut:
3 katil Queen Size
2 katil Single
2 bilik air
Ruang tamu
Bilik dapur
Almari pakaian
Aircond
Kipas Remote
1 Set Sofa
TV Astro
Cerek elektrik
Periuk nasi elektrik
Iron + Board
Peti Sejuk
Mesin Basuh
Meja Makan
Water-heater
Parking kereta yang luas
Terma dan Syarat
DEENA HOMESTAY MENYEDIAKAN PENGINAPAN UNTUK ANDA SEMUA TERUTAMA PASANGAN SUAMI ISTERI SERTA AHLI KELUARGA ANDA. PASANGAN BUKAN MAHRAM ADALAH DILARANG SAMA SEKALI.
1. Check-in: Mula 2 ptg Check-out: 12 Tengahari. Kelewatan Check out Selepas 2 ptg dikenakan bayaran 10%.
2. Bagi tempahan melalui SMS, online/e-mail atau telefon, tempahan hanya dikira SAH berlaku sesudah anda jelaskan deposit RM200 untuk setiap hari tempahan. Sebelum bayaran deposit dibuat, Deena Homestay berhak untuk menerima tempahan orang lain.
3. Baki bayaran perlu dijelaskan penuh secara tunai ketika CHECK-IN.
3. Sekiranya tempahan dibatalkankan oleh anda, Deena Homestay mempunyai budibicara penuh untuk tidak mengembalikan wang deposit tersebut.
4. Sekiranya tilam tambahan diperlukan, Deena Homestay akan menyediakannya pada caj RM10 setiap satu.
5. Untuk sama2 menjaga kebersihan, elakkankan dari memakai selipar atau kasut di dalam Deena Homestay.
6. Untuk tujuan menjaga kebersihan, haiwan peliharaan tidak dibenarkan di bawa masuk.
7.TIDAK DIBENARKAN membawa minuman keras, dadah dan makanan yang tidak halal kedalam Deena Homestay.
8. Jika terdapat kehilangan barang dan/atau kerosakan pada peralatan dan perabot, anda dikehendaki menggantikan kembali barang tersebut atau membayar harga barang tersebut.
9. Pihak Deena Homsetay juga berhak menukar apa-apa terma dan syarart tanpa sebarang notis.
Kadar Sewa untuk 1 Malam
Hari RM
Harga Range antara RM300~RM350
mengikut hari dan masa.
mengikut hari dan masa.
Bayaran deposit boleh dimasukkan ke dalam akaun berikut:
Account Holder: Md Ali Md Sarif
Bank & No.Account: Maybank - 564016700093
Maklumat dan Tempahan
Md Ali : 0123620301
Hajah Rokiah : 0193868616
Ibrahim : 0194160123
Sila Layari blog kami
email: